Friday, April 9, 2010

Setia Seorang Kekasih

Buat Julung2 kalinya aku postkan kisah yang aku karangkan untuk tatapan semua..

Bab 1
            Pagi itu aku seperti biasa bersiap untuk ke tempat kerja. Namun hujan yang turun menyebabkan aku liat sikit untuk bangun. Nasib baik solat subuh emak tolong kejutkan, kalau tidak mesti dah terbabas. Entah mengapa tiba-tiba kenangan lalu mengingatkan aku kepada si dia. Mungkin terlalu lama memendam perasaan sehinggakan menyebabkan aku bertukar menjadi pendiam. Emak ada perasan tapi mungkin dia memahami perasaan anak teruna seorang dia. Ayah? Dia hanya gilakan pokok bunga kesukaannya sehinggakan kadang-kadang lupa untuk makan. Itulah kehidupan keluargaku Ashraff Azman bin Ramli.

Ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerja yang terletak di Menara Petronas, aku halakan siaran radio kegemaranku Hots FM yang mana pagi itu si cantik manis Fara Fauzana sempat memutarkan lagu yang menjadi kegemaranku; Tercipta Untukku. Ahhh..Kenapa pagi ni harus aku ingat kepada si dia. “ Aku ingin engkau selalu, hadir dan temani aku, di setiap langkah yang menyakini ku kau tercipta untukku, meski waktu akan mampu, memanggil seluruh ragaku, ku ingin kau tahu kau selalu milikku sepanjang hidupku”. Sungguh syahdu dan meruntun jiwaku. Ingatanku kepada setiap tutur kata dan wajahnya sungguh kuat. Tidak dimampu dirungkaikan dengan kata-kata.

Sampainya aku di pejabat yang terletak di aras 97 yang mampu menyemputkan dada mereka yang merokok kalau lif tidak berfungsi. Bayangkan la kalau terjadi semacam itu. Dengus aku kepada Saiful iaitu sahabat baik ku. “Matila kau kalau lif nie mampus” ketawaku di dalam hati. Apa yang aku harapkan pagi Isnin ini tidak la belambak sangat kerja yang tertangguh memandangkan sudah seminggu aku bertugas di Johor untuk mengendalikan projek di sana. Belum sampai 5 minit aku masuk ke dalam pejabat aku terus disapa oleh setiausaha kesayangan bos; Sally yang sentiasa cantik dan seksi di hadapan Datuk Rahim. “Datuk nak jumpa dengan Encik Azman”. Katanya sambil mengeyit matanya kepadaku. Mengoda la tu pagi-pagi nie. “Kenapa?” Tanyaku dalam kehairanan. “ Manalah Sally nak tau, kalau Sally tau mesti Sally dah bagitau Encik Azman” Jawabnya dengan manja. Dalam hati aku menyampah dengan perempuan yang mengedik dan yang nak perhatian kononnya dia cantik sangat.
 
Aku masuk ke dalam bilik untuk meletakkan brief case dan terus ke bilik Datuk Rahim. “Assalamualaikum Datuk. Apa hal Datuk nak jumpa saya pagi-pagi ni? Errr.. Saya ada buat salah ke Datuk?” Tanyaku dalam kehairanan. Selalunya Datuk Rahim jarang masuk awal ke Pejabat, tapi hari ni tidak seperti hari-hari yang lain. Biasanya dia akan ke Kelab Golf dahulu. “Azman, macam mana projek kita di Johor tu? Ada apa-apa masalah tak sepanjang kau di sana? Aku dengar ada pekerja kita yang mogok dan nak berhenti kerja? Apa dah jadi?” Bertubi-tubi Datuk bertanya kepadaku. “Errr.. Datuk sebenarnya hal tu kecik je. Lagipun saya dah selesaikan dah masa saya kat sana. Cuma salah paham je dengan mandor kat sana. Diorang tak suka dimaki dan dimarah dengan wakil kita kat sana. Saya dah nasihat Abu supaya berhemah dan berhati-hati semasa nak menyuruh sesuatu.” Aku terus menerangkan satu persatu bagi mendapatkan hal yang sebenar untuk diketahui oleh Datuk Rahim. 
bersambung...

2 comments:

Puteri_Mahsuri said...

ni yang best nie! nak tunggu sambungan crita nie...

cipotfitri said...

tungguuuuuuuuuuuuu.........